MASA ITU EMAS

Ahad, 11 November 2012


PROSES PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN TINGKAH LAKU.

Nama murid             :           Danial Akmal bin Rahman
Masalah                    :           Cepat bosan / jemu pada pelajaran
Kaedah                     :           Ekonomi Token
Cara penyelesaian  :    Memberi lebih tumpuan dan mempelbagaikan aktiviti.

Danial Akmal adalah seorang murid yang lambat menguasai pelajaran. Selain itu faktor keluarga yang tidak mengambil kisah pembelajaran anak  menyumbang kepada masalah tersebut. Dia hanya akan memberi tumpuan pada kemahiran yang diminati sahaja. Jika kemahiran tersebut  dirasakan sukar dia lebih suka menyembunyikan diri di bawah meja atau tidur.

 Kadang-kadang dia sukar untuk membuka mulut apabila guru bertanya. Sikapnya ini menyusahkan banyak pihak terutama pada guru kerana terpaksa menangani masalah tingkah laku tersebut. Guru terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepadanya untuk mengelak daripada tertinggal dalam pembelajaran. Apabila guru memberi tumpuan yang lebih kepadanya sedikit sebanyak murid-murid lain akan terabai. 

Disamping  itu sikap murid tersebut juga memberi kesan kepada dirinya sendiri. Apabila masalah tingkah lakunya tidak dibendung oleh guru, Murid tersebut sering ketinggalan dalam pembelajarannya. Selain itu, rakan-rakan sebayanya juga sering menyisihkan murid tersebut kerana tidak menggemari tingkah lakunya. Kedua-dua perkara ini telah menyebabkan Murid tersebut ketinggalan dari segi akademik, dan menjadi terasing dari masyarakat.

Saya telah menggunakan 3 fasa untuk menangani masalah murid tersebut.

i.              Fasa 1 ( Mengenal pasti tingkah laku ) 

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut. Antara tingkah laku yang kerap ditonjolkan ialah  kurang memberi tumpuan pada kemahiran yang tidak disukai, suka menyembunyi diri di bawah meja, suka tidur atas lantai dan mewarna dengan menggunakan satu warna sahaja.


ii.            Fasa 2 ( intervensi)

a.    Pemilihan token
Saya telah memilih token bintang untuk menyelesaikan masalah murid tersebut. Token bintang adalah sistematik dan amat sesuai digunakan kerana ianya cepat dan mudah diberikan kepada murid. Token diberikan dengan murid menampal token tersebut pada kad yang disediakan. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud token akan ditarik balik.

b.    Peraturan dalam bilik darjah
Saya  telah menetapkan peraturan di dalam kelas dan harus diikuti oleh murid. Jika murid melanggar peraturan tersebut token akan ditarik balik. Peraturan ini saya terangkan dahulu supaya murid tidak keliru dan faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana murid akan mendapat atau penarikan token.


Antara peraturan dalam bilik darjah ialah:-

  •   Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar.
  •   Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru.
  •   Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
  •   Dilarang bergerak ke sana sini
  •   Dilarang bising semasa guru mengajar.
  •   Dilarang bermain semasa guru mengajar.
  •   Dilarang bertutur perkara tidak sopan
  •   Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.
  •   Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar.
  •   Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.


c.    Perolehan token
Setiap tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid akan diberi token.
 
Contoh:

BIL

TINGKAH LAKU POSITIF
NILAI TOKEN
1
Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar.
2 token
2
Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru.
3 token
3
Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
3 token
4
Dilarang bergerak ke sana sini
2 token
5
Dilarang bising semasa guru mengajar.
2 token
6
Dilarang bermain semasa guru mengajar
2 token
7
Dilarang bertutur perkara tidak sopan
2 token
8
Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.
4 token
9
Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar.
5 token
10
Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.
5 token
 
d.    Menu ganjaran
Pemilihan menu ganjaran adalah mengikut minat murid. Murid diingatkan supaya berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul  token sebanyak yang mungkin.

Contoh :

BIL

GANJARAN

BILANGAN TOKEN YANG PERLU DIKUMPUL
1
pemadam
20 token
2
Pembaris
20 token
3
Pensel
30 token
4
Pensel warna
50 token
5
Pengasah pensel
20 token
6
Buku mewarna
50 token
7
Kotak pensel
40 token
8
Bola
60 token
9
Kereta mainan
100 token

e.    Penarikan token
Menurut Abdul Rahim (2009) denda atau hukuman terhadap murid akan dikenakan dengan cara penarikan balik token. Penarikan token adalah dendaan yang diberikan kepada murid jika murid melakukan tingkah laku negatif.


iii.              Fasa 3 (Rekod perubahan tingkah laku)
Daripada pemerhatian dan rekod yang dilakukan saya didapati penggunaan token ekonomi mampu untuk mengubah tingkah laku murid walau pun bukan keseluruhan. Kekerapan tingkah laku negatif murid semakin menurun apabila tokan digunakan berbanding tanpa apa-apa peneguhan.