MASA ITU EMAS

Khamis, 6 Disember 2012

CABARAN-CABARAN DIALOG ANTARA TAMADUN



PENDAHULUAN

Cabaran terbaru yang dihadapi oleh masyarakat dari tamadun islam dan tamadun Asia masa kini ialah globalisasi yang berlaku secara jelas pada dua dekat terakhir pada abad ke-20 kesan revolusi teknologi maklumat. Globalisasi merujuk kepada pesejagatan nilai-nilai kehidupan barat yang mendukung liberalisme, kapitalisme dan demokrasi acuan mereka sendiri. Globalisasi ini berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi diseluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001:404-405)

CABARAN-CABARAN DIALOG ANTARA TAMADUN

Cabaran dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan Tamadun Islam dan Asia boleh dilihat dari sudut luaran dan dalaman.

CABARAN DALAMAN

1             Kelemahan Dunia Islam – Kelemahan iman dan amal yang menyeluruh.
Keadaan ini terjadi selepas diwarisi oleh pemimpin-pemimpin dunia islam selepas merdeka. Keadaan politik, ekonomi dan sosial adalah pada tahap yang meyedihkan kerana Negara islam telah dieksploitasikan habis-habisan sehingga menyebabkan kemiskinan, buta huruf dan lemah keagamaan. 

2.            Persengketaan atas alasan yang remeh dan boleh membawa kepada pepecahan.
Dunia islam bertelingkah mengenai masalah sempadan yang membawa kepada peperangan seperti Iraq dan Kuwait, konflik India-Pakistan untuk merebut Kashmir, Peperangan di Afghanistan, Sudan dan sebagainya. Bagi Negara Asia masalah ekonomi membawa kepada huru hara dan pertumpahan darah seperti di Indonesia dan akhirnya Barat campurtangan

3.            Kemerosotan Politik, Ekonomi dan nilai sosial.
Kemerosotan politik telah membawa kepada persengketaan, perebutan, kedudukan, keruntuhan akhlak serta keadaan huru-hara dan tidak selesa.Ekoran daripada pengaruh luaran menyebabkan penduduk Tamadun Islam dan Asia hilang harga diri, lupa kepada nilai adat, etika dan moral serta akhlak yang pernah menjadi sebutan dan kebanggaan kita. 

4.            Kurangnya pemilikan ilmu pengetahuan.
Perkembangan sains dan teknologi kini tertumpu dan berkembang pesat di barat. Penduduk tamadun Islam dan Asia bukan sahaja kurang dalam pemilikan ilmu malahan ramai juga yang buta huruf.


CABARAN LUARAN

Cabaran luaran lebih merupakan budaya-budaya  negetif yang bertentangan dengan nilai tradisi tamadun Islam dan Asia yang dibawa oleh Barat. Penguasaan atau dominasi Barat ke atas Tamadun Islam Asia berlaku dalam beberapa bentuk:-

1             Dampak (kesan)  Budaya kebendaan Barat
Samada disedari atau tidak realiti  yang paling penting masa kini yang mencabar tamadun islam dan Tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan, kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan  dengan sebaik-baik. Kesan dan dampak dunia barat moden ke atas masyarakat  islam dan Asia sangat mendalam sehingga   hampir menghilangkan sama sekali nilai-nilai(identity) bagi seseorang islam dan seorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif.

2.            Dominasi Terhadap Politik.
Kemerdekaan sesebuah Negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama diperingkat Antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politk antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah Negara kuasa besar (Super power) yang secara tidak langsung mengambarkan dominasi dunia barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas perang Dunia Kedua, di mana Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah Berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun memperolehi kuasa Veto. Negara Amareka Syarikat adalah Negara yang terkuat dikalangannya yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengam kuasa vetonya bersama-sama dengan Rusia, United kingdom, Perancis dan China.

3.            Dominasi  Terhadap Ekonomi
Zaman penjajah, Barat mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah yang dijajah. Maka hari ini  keadaan yang sama juga berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari barat seperti Amareka Syarikat, United Kingdom,dan Negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Bukan sekadar sistem perdagangan malah sistem kewangan antarabangsa dunia juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia lain.

4.            Dominasi Terhadap Media
Dunia Barat  melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa melalui media. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh  dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat  di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat seperti CNN menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam Negara diluar dunia Barat sering dicampur dan ditafsir untuk penerimaan Negara-negara jirannya oleh agensi berita barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.

5             Dominasi Terhadap Budaya
Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam konteks budaya ini pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem , muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amarika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya diseluruh dunia dengan mempengaruhi cara hidup remaja seluruh dunia. Selain daripada itu, budaya hidup Barat ditonjolkan melalui jenama-jenama seperti coca-cola, McDonalds, Levi”s dan lain-lain telah menjadi sebahagian budaya global.

6             Dominasi Terhadap pemikiran
Barat menonjolkan kebaikan budaya mereka sehingga menimbulkan sentimen institusi, nilai, bahasa dan cara hidup barat adalah yang terbaik dalam sejarah peradaban manusia. Dunia barat juga berjaya membentuk penjajahan pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dari nilai, pegangan, anutan , pandangan budaya dan cara hidup masyarakat mereka sendiri. Ini kerana terlalu ghairah dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan masyarakat lain. Barat juga Berjaya membawa masuk pelbagai ideologi ciptaan mereka yang menimbulkan implikasi negetif yang berbeza dari nilaian dan normal sebenar masyarakat Islam dan Asia.

7             Dominasi terhadap Globalisasi
Definasi Globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan nilai-nilai kehidupan barat yang mendukung kuat liberalism, kapitalisme dan demokrasi barat sendiri. Ia bermula pada akhir dekad ke-20. Aspek yang diglobalkan termasuklah institusi social, bahasa, nilai, pandangan hidup, bahasa dan tradisi  masyarakat islam  dan Asia. Tujuannya adalah untuk menguasai pemikiran dan diri manusia. Masyarakat bukan Barat. Melalui teknologi maklumat mereka menyuasai masyarakat dunia antaranya pemikiran dan budaya seperti hari Velentine Day diraikan bersama, mengenali bintang seperti Leo, cancer dan sebagainya.

8.            Imperialisme dan Kolonialisme Barat
Imperialisme merupakan dasar peluasan kuasa atau pengembangan budaya. Imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah empayar(Norman Daniel). Umumnya ia adalah pengusaan rumpun bangsa Eropah ke atas semua dunia. Kita adalah ras yang tertinggi, makin luas bumi yang kita duduki makin baiklah untuk umat manusia.(Cecil Rhodes) Manakala Kolonialisme pula ialah penjajahan dengan maksud ”jibayah” iaitu merebut atau mengambil segala manfaat yang ada di tempat tersebut untuk dibawa pulang(merampas).

PENUTUP

Berdasarkan kepada penerangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Kuasa Barat banyak mendominasi Tamadun Asia dalam semua perkara. Penguasaan yang paling ketara adalah dominasi terhadap politik apabila menguasai PBB iaitu salah satu badan  politik dunia yang terpenting tetapi menjadi boneka kepada kuasa besar iaitu Amerika Syarikat.

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU



PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU  

Konsep pembelajaran berpusatkan guru

Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di dalam bilik darjah di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran.  Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi pemusatan guru murid-murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.
http://www.scribd.com/doc/10350727/STRATEGI-Pengajaran. 

Prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan guru

1.    Guru sebagai penyebar ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.    Menekankan kepada pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran supaya objektif yang diajar tercapai.
3.    Pemikiran lebih tertumpu pada bahan pengajaran dan pembelajaran.
4.    Pengamal reflektif yang peka terhadap situasi bilik darjah.
5.    Menekankan pencapaian akademik, terhad kepada pertandingan dan pelakuan yang betul.
Ciri-ciri pembelajaran berpusatkan guru.
Antara ciri-ciri strategi pemusatan guru  yang dapat disimpulkan ialah:-
1.    Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas.
2.    Guru bercakap lebih dari pelajar semasa pengajaran.
3.    Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar di dalam kelas.
4.    Meja dan kerusi di atur dalam barisan mengadap papan hitam.
5.    Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah.

6.    Guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
7.    Sifat-sifat sosial dikalangan murid-murid kurang dipupuk.
8.    Lebih menekankan kepada ujian sumatif untuk penggredan.
9.    Murid kurang berminat terhadap penerangan guru.
10. Berlaku komunikasi sehala kerana guru sahaja yang memberi arahan.
11. Murid menjadi pasif kerana tidak terlibat secara langsung dalam pembelajaran sebaliknya hanya menjadi pendengar sahaja.
12. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran.
13. Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif kerana berlaku pembelajaran sehala sahaja.
14. Guru hanya mementingkan pencapaian objektif pendidikan sahaja tanpa memikirkan tahap penguasaan murid.

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID



STRATEGI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID

Konsep Pembelajaran Berpusatkan Murid
Pembelajaran berpusatkan pelajar didefinasikan sebagai:-
1.    Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran ( pelajar sebagai          individu), memberi pilihan kepada pelajar ( jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari ), mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan, sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.

2.    Pelajar bertangungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara terus dalam         menemui pengetahuan , menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.


3.    Pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya          menentukan hala tuju proses pembelajaran. Objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan oleh murid.
(http://mahirppb.tripod.com/murid.htm#Pengenalan)


Ciri-Ciri Pembelajaran Berpusatkan Kepada Murid

1.    Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta    menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.    Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
3.    Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan           berasaskan       kekuatan dan kelemahan pelajar.
4.      Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti      pembelajaran.
5.    Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa    yang mereka pelajari.
6.    Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
7.    Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

Prinsip-Prinsip Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, di mana guru hanya sebagai fasilitator.

Ahad, 2 Disember 2012

PELAKSANAAN STRATEGI MENANGANI MASALAH PENGAMATAN (ULANGAN)



kaedah ulangan

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.Kaedah ulangan ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai mengikut topik pengajaran supaya ia tidak menjadi aktiviti yang membosankan.

 Langkah-langkah yang biasa digunakan bagi kaedah pengulangan ialah Guru menentukan objektif pengajaran dan mengenal pasti sesetengah perkara yang ingin ditegaskan kepada pelajar dan aspek yang memerlukan daya ingatan dan kefahaman yang lebih oleh pelajar. Kemudian, pengulangan dilakukan oleh guru semasa memberikan penjelasan sama ada dengan menyebut sendiri secara berulang –ulang ataupun meminta penyertaan pelajar bagi mengulang semula apa yang sudah diterangkan. 

Tambahan pula, pengulangan yang dibuat oleh guru akan memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan perkara itu adalah sesuatu yang penting dan perlu lebih diingati atau difahami. Sekiranya pelajar sendiri yang membuat pengulangan maka semasa proses pengulangan berlaku, pelajar sudah membuat peneguhan dalam aspek kemahiran mengingat dan memahami sesuatu perkara.