MASA ITU EMAS

Selasa, 9 Januari 2024

PENGENALAN KEPADA TAMADUN

 

PENGENALAN KEPADA TAMADUN

Definisi Tamadun

Tamadun berasal daripada perkataan arab “madani, mudun, madain” yang bererti pembukaan Bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiaannya dengan tamadun adalah “umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa inggeris istilah yang hamper sama dengan tamadun ialah “Culture and Civilization” atau kebudayaan dalam Bahasa Melayu.

 

PENGENALAN

Cabaran terbaru yang dihadapi oleh masyarakat dari tamadun islam dan tamadun Asia masa kini ialah globalisasi yang berlaku secara jelas pada dua dekat terakhir pada abad ke-20 kesan revolusi teknologi maklumat. Globalisasi merujuk kepada pesejagatan nilai-nilai kehidupan barat yang mendukung liberalisme, kapitalisme dan demokrasi acuan mereka sendiri. Globalisasi ini berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi diseluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001:404-405)

 

CABARAN-CABARAN DIALOG ANTARA TAMADUN

Cabaran dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan Tamadun Islam dan Asia boleh dilihat dari sudut luaran dan dalaman.

 

CABARAN DALAMAN

 

1          Kelemahan Dunia Islam – Kelemahan iman dan amal yang menyeluruh.

Keadaan ini terjadi selepas diwarisi oleh pemimpin-pemimpin dunia islam selepas merdeka. Keadaan politik, ekonomi dan sosial adalah pada tahap yang meyedihkan kerana Negara islam telah dieksploitasikan habis-habisan sehingga menyebabkan kemiskinan, buta huruf dan lemah keagamaan.

 

2.         Persengketaan atas alasan yang remeh dan boleh membawa kepada pepecahan.

Dunia islam bertelingkah mengenai masalah sempadan yang membawa kepada peperangan seperti Iraq dan Kuwait, konflik India-Pakistan untuk merebut Kashmir, Peperangan di Afghanistan, Sudan dan sebagainya. Bagi Negara Asia masalah ekonomi membawa kepada huru hara dan pertumpahan darah seperti di Indonesia dan akhirnya Barat campurtangan

 

3.         Kemerosotan Politik, Ekonomi dan nilai sosial.

Kemerosotan politik telah membawa kepada persengketaan, perebutan, kedudukan, keruntuhan akhlak serta keadaan huru-hara dan tidak selesa.Ekoran daripada pengaruh luaran menyebabkan penduduk Tamadun Islam dan Asia hilang harga diri, lupa kepada nilai adat, etika dan moral serta akhlak yang pernah menjadi sebutan dan kebanggaan kita.

 

4.         Kurangnya pemilikan ilmu pengetahuan.

Perkembangan sains dan teknologi kini tertumpu dan berkembang pesat di barat. Penduduk tamadun Islam dan Asia bukan sahaja kurang dalam pemilikan ilmu malahan ramai juga yang buta huruf.

 

CABARAN LUARAN

Cabaran luaran lebih merupakan budaya-budaya  negetif yang bertentangan dengan nilai tradisi tamadun Islam dan Asia yang dibawa oleh Barat. Penguasaan atau dominasi Barat ke atas Tamadun Islam Asia berlaku dalam beberapa bentuk:-

 

1          Dampak (kesan)  Budaya kebendaan Barat

Samada disedari atau tidak realiti  yang paling penting masa kini yang mencabar tamadun islam dan Tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan, kebendaan yang dicipta dan didominasi oleh dunia barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang masa depan  dengan sebaik-baik. Kesan dan dampak dunia barat moden ke atas masyarakat  islam dan Asia sangat mendalam sehingga   hampir menghilangkan sama sekali nilai-nilai(identity) bagi seseorang islam dan seorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun islam dan jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif.

 

2.         Dominasi Terhadap Politik.

Kemerdekaan sesebuah Negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama diperingkat Antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa barat. Sukar untuk dinafikan bahawa politk antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah Negara kuasa besar (Super power) yang secara tidak langsung mengambarkan dominasi dunia barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan keadaan politik dunia selepas perang Dunia Kedua, di mana Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah Berjaya mengalahkan Jerman dan Jepun memperolehi kuasa Veto. Negara Amareka Syarikat adalah Negara yang terkuat dikalangannya yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengam kuasa vetonya bersama-sama dengan Rusia, United kingdom, Perancis dan China.

 

3.         Dominasi  Terhadap Ekonomi

Zaman penjajah, Barat mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah yang dijajah. Maka hari ini  keadaan yang sama juga berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari barat seperti Amareka Syarikat, United Kingdom,dan Negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Bukan sekadar sistem perdagangan malah sistem kewangan antarabangsa dunia juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia lain.

 

4.         Dominasi Terhadap Media

Dunia Barat  melalui potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah mendominasi penyebaran berita antarabangsa melalui media. Satu situasi yang begitu ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh  dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi yang berpusat  di dunia Barat. Agensi berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat seperti CNN menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang berlaku dalam Negara diluar dunia Barat sering dicampur dan ditafsir untuk penerimaan Negara-negara jirannya oleh agensi berita barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.

 

5          Dominasi Terhadap Budaya

Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya. Dalam konteks budaya ini pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Pada hari ini filem , muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amarika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya diseluruh dunia dengan mempengaruhi cara hidup remaja seluruh dunia. Selain daripada itu, budaya hidup Barat ditonjolkan melalui jenama-jenama seperti coca-cola, McDonalds, Levi”s dan lain-lain telah menjadi sebahagian budaya global.

 

6          Dominasi Terhadap pemikiran

Barat menonjolkan kebaikan budaya mereka sehingga menimbulkan sentimen institusi, nilai, bahasa dan cara hidup barat adalah yang terbaik dalam sejarah peradaban manusia. Dunia barat juga berjaya membentuk penjajahan pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dari nilai, pegangan, anutan , pandangan budaya dan cara hidup masyarakat mereka sendiri. Ini kerana terlalu ghairah dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan masyarakat lain. Barat juga Berjaya membawa masuk pelbagai ideologi ciptaan mereka yang menimbulkan implikasi negetif yang berbeza dari nilaian dan normal sebenar masyarakat Islam dan Asia.

 

7          Dominasi terhadap Globalisasi

Definasi Globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan nilai-nilai kehidupan barat yang mendukung kuat liberalism, kapitalisme dan demokrasi barat sendiri. Ia bermula pada akhir dekad ke-20. Aspek yang diglobalkan termasuklah institusi social, bahasa, nilai, pandangan hidup, bahasa dan tradisi  masyarakat islam  dan Asia. Tujuannya adalah untuk menguasai pemikiran dan diri manusia. Masyarakat bukan Barat. Melalui teknologi maklumat mereka menyuasai masyarakat dunia antaranya pemikiran dan budaya seperti hari Velentine Day diraikan bersama, mengenali bintang seperti Leo, cancer dan sebagainya.

 

8.         Imperialisme dan Kolonialisme Barat

Imperialisme merupakan dasar peluasan kuasa atau pengembangan budaya. Imperialisme adalah lebih daripada mencari sebuah empayar(Norman Daniel). Umumnya ia adalah pengusaan rumpun bangsa Eropah ke atas semua dunia. Kita adalah ras yang tertinggi, makin luas bumi yang kita duduki makin baiklah untuk umat manusia.(Cecil Rhodes) Manakala Kolonialisme pula ialah penjajahan dengan maksud ”jibayah” iaitu merebut atau mengambil segala manfaat yang ada di tempat tersebut untuk dibawa pulang(merampas).

 

PENUTUP

Berdasarkan kepada penerangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Kuasa Barat banyak mendominasi Tamadun Asia dalam semua perkara. Penguasaan yang paling ketara adalah dominasi terhadap politik apabila menguasai PBB iaitu salah satu badan  politik dunia yang terpenting tetapi menjadi boneka kepada kuasa besar iaitu Amerika Syarikat.