PENGENALAN
KEPADA TAMADUN
Definisi
Tamadun
Tamadun berasal
daripada perkataan arab “madani, mudun, madain” yang bererti pembukaan Bandar
atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah.
Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang
bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiaannya dengan tamadun
adalah “umran, hadarah, madaniyah. Dalam bahasa inggeris istilah yang hamper
sama dengan tamadun ialah “Culture and Civilization” atau kebudayaan dalam
Bahasa Melayu.
PENGENALAN
Cabaran terbaru yang dihadapi oleh masyarakat dari tamadun
islam dan tamadun Asia masa kini ialah globalisasi yang berlaku secara jelas
pada dua dekat terakhir pada abad ke-20 kesan revolusi teknologi maklumat.
Globalisasi merujuk kepada pesejagatan nilai-nilai kehidupan barat yang
mendukung liberalisme, kapitalisme dan demokrasi acuan mereka sendiri.
Globalisasi ini berjaya mengecilkan dunia kerana maklumat tentang
peristiwa-peristiwa yang terjadi diseluruh dunia mudah diperolehi dan tersebar
dengan cepat. (Azhar Mad Aros, 2001:404-405)
CABARAN-CABARAN
DIALOG ANTARA TAMADUN
Cabaran dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan Tamadun
Islam dan Asia boleh dilihat dari sudut luaran dan dalaman.
CABARAN
DALAMAN
1 Kelemahan Dunia Islam – Kelemahan iman
dan amal yang menyeluruh.
Keadaan ini terjadi selepas diwarisi oleh pemimpin-pemimpin
dunia islam selepas merdeka. Keadaan politik, ekonomi dan sosial adalah pada
tahap yang meyedihkan kerana Negara islam telah dieksploitasikan habis-habisan
sehingga menyebabkan kemiskinan, buta huruf dan lemah keagamaan.
2.
Persengketaan atas alasan yang
remeh dan boleh membawa kepada pepecahan.
Dunia islam bertelingkah mengenai masalah sempadan yang
membawa kepada peperangan seperti Iraq dan Kuwait, konflik India-Pakistan untuk
merebut Kashmir, Peperangan di Afghanistan, Sudan dan sebagainya. Bagi Negara
Asia masalah ekonomi membawa kepada huru hara dan pertumpahan darah seperti di
Indonesia dan akhirnya Barat campurtangan
3. Kemerosotan Politik, Ekonomi dan nilai
sosial.
Kemerosotan politik telah membawa kepada persengketaan,
perebutan, kedudukan, keruntuhan akhlak serta keadaan huru-hara dan tidak
selesa.Ekoran daripada pengaruh luaran menyebabkan penduduk Tamadun Islam dan
Asia hilang harga diri, lupa kepada nilai adat, etika dan moral serta akhlak
yang pernah menjadi sebutan dan kebanggaan kita.
4.
Kurangnya pemilikan ilmu
pengetahuan.
Perkembangan sains dan teknologi kini tertumpu dan
berkembang pesat di barat. Penduduk tamadun Islam dan Asia bukan sahaja kurang
dalam pemilikan ilmu malahan ramai juga yang buta huruf.
CABARAN
LUARAN
Cabaran luaran lebih merupakan budaya-budaya negetif yang bertentangan dengan nilai tradisi
tamadun Islam dan Asia yang dibawa oleh Barat. Penguasaan atau dominasi Barat
ke atas Tamadun Islam Asia berlaku dalam beberapa bentuk:-
1 Dampak (kesan) Budaya kebendaan Barat
Samada disedari atau tidak realiti yang paling penting masa kini yang mencabar
tamadun islam dan Tamadun Asia ialah globalisasi kebudayaan, kebendaan yang dicipta
dan didominasi oleh dunia barat moden. Tanpa menyedari kesan dan dampak dunia
barat moden ke atas kita dengan sepenuhnya, kita tidak akan dapat merancang
masa depan dengan sebaik-baik. Kesan dan
dampak dunia barat moden ke atas masyarakat
islam dan Asia sangat mendalam sehingga
hampir menghilangkan sama sekali nilai-nilai(identity) bagi seseorang
islam dan seorang Asia pada peringkat individu dan jati diri tamadun islam dan
jati diri tamadun-tamadun Asia pada peringkat kolektif.
2. Dominasi Terhadap Politik.
Kemerdekaan sesebuah Negara pada masa kini tidak mempunyai
makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada
masyarakat tempatan. Masyarakat yang dikatakan merdeka dalam banyak keadaan
yang berkaitan dengan kebebasan membuat keputusan politik terutama diperingkat
Antarabangsa, masih tertakluk kepada telunjuk kuasa barat. Sukar untuk
dinafikan bahawa politk antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh
beberapa buah Negara kuasa besar (Super power) yang secara tidak langsung
mengambarkan dominasi dunia barat. Malahan struktur PBB sendiri mencerminkan
keadaan politik dunia selepas perang Dunia Kedua, di mana Negara-negara seperti
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang telah Berjaya mengalahkan Jerman
dan Jepun memperolehi kuasa Veto. Negara Amareka Syarikat adalah Negara yang
terkuat dikalangannya yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) dengam kuasa vetonya bersama-sama dengan Rusia, United kingdom,
Perancis dan China.
3. Dominasi Terhadap Ekonomi
Zaman penjajah, Barat mendominasi sumber-sumber semulajadi wilayah
yang dijajah. Maka hari ini keadaan yang
sama juga berlaku. Syarikat-syarikat multinasional dari barat seperti Amareka
Syarikat, United Kingdom,dan Negara-negara Eropah yang lain termasuk juga Jepun
menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Bukan sekadar sistem perdagangan
malah sistem kewangan antarabangsa dunia juga pengurus-pengurus dana pelaburan
spekulatif antarabangsa yang secara tidak langsung meneruskan dominasi dunia
Barat ke atas bangsa-bangsa manusia lain.
4. Dominasi Terhadap Media
Dunia Barat melalui
potensi yang ada dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat telah
mendominasi penyebaran berita antarabangsa melalui media. Satu situasi yang begitu
ketara mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat gergasi
yang berpusat di dunia Barat. Agensi
berita antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat seperti CNN menentukan
dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa-peristiwa antarabangsa
diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yang
berlaku dalam Negara diluar dunia Barat sering dicampur dan ditafsir untuk
penerimaan Negara-negara jirannya oleh agensi berita barat bagi memperolehi
kepentingan-kepentingan tertentu.
5 Dominasi Terhadap Budaya
Dominasi dunia Barat juga dikaitkan dengan dominasi budaya.
Dalam konteks budaya ini pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah
hiburan. Pada hari ini filem , muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amarika
Syarikat telah tersebar dengan meluasnya diseluruh dunia dengan mempengaruhi
cara hidup remaja seluruh dunia. Selain daripada itu, budaya hidup Barat
ditonjolkan melalui jenama-jenama seperti coca-cola, McDonalds, Levi”s dan
lain-lain telah menjadi sebahagian budaya global.
6 Dominasi Terhadap pemikiran
Barat menonjolkan kebaikan budaya mereka sehingga
menimbulkan sentimen institusi, nilai, bahasa dan cara hidup barat adalah yang
terbaik dalam sejarah peradaban manusia. Dunia barat juga berjaya membentuk
penjajahan pemikiran iaitu individu atau masyarakat terasing dari nilai,
pegangan, anutan , pandangan budaya dan cara hidup masyarakat mereka sendiri.
Ini kerana terlalu ghairah dengan pencapaian dan cara hidup manusia dan
masyarakat lain. Barat juga Berjaya membawa masuk pelbagai ideologi ciptaan
mereka yang menimbulkan implikasi negetif yang berbeza dari nilaian dan normal
sebenar masyarakat Islam dan Asia.
7
Dominasi terhadap Globalisasi
Definasi
Globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan. Ia merujuk kepada kesejagatan
nilai-nilai kehidupan barat yang mendukung kuat liberalism, kapitalisme dan
demokrasi barat sendiri. Ia bermula pada akhir dekad ke-20. Aspek yang
diglobalkan termasuklah institusi social, bahasa, nilai, pandangan hidup,
bahasa dan tradisi masyarakat islam dan Asia. Tujuannya adalah untuk menguasai
pemikiran dan diri manusia. Masyarakat bukan Barat. Melalui teknologi maklumat
mereka menyuasai masyarakat dunia antaranya pemikiran dan budaya seperti hari
Velentine Day diraikan bersama, mengenali bintang seperti Leo, cancer dan
sebagainya.
8. Imperialisme dan Kolonialisme Barat
Imperialisme
merupakan dasar peluasan kuasa atau pengembangan budaya. Imperialisme adalah
lebih daripada mencari sebuah empayar(Norman Daniel). Umumnya ia adalah
pengusaan rumpun bangsa Eropah ke atas semua dunia. Kita adalah ras yang
tertinggi, makin luas bumi yang kita duduki makin baiklah untuk umat
manusia.(Cecil Rhodes) Manakala Kolonialisme pula ialah penjajahan dengan
maksud ”jibayah” iaitu merebut atau mengambil segala manfaat yang ada di tempat
tersebut untuk dibawa pulang(merampas).
PENUTUP
Berdasarkan kepada penerangan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa Kuasa Barat banyak mendominasi Tamadun Asia dalam semua perkara.
Penguasaan yang paling ketara adalah dominasi terhadap politik apabila
menguasai PBB iaitu salah satu badan
politik dunia yang terpenting tetapi menjadi boneka kepada kuasa besar
iaitu Amerika Syarikat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan