MASA ITU EMAS

Jumaat, 12 Oktober 2012

STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.


STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.

Terdapat 3 strategi menangani masalah tingkah laku iaitu:-

i.              Strategi meningkatkan tingkah laku.
ii.            Strategi mengurangkan tingkah laku.
iii.           Strategi mengunakan model pengurusan tingkah laku.

i.              Strategi meningkatkan tingkah laku.

  • Tingkah laku yang baik atau diingini yang dilakukan oleh murid hendaklah diberi peneguhan.Antara teknik yang boleh diberikan oleh guru ialah peneguhan secara positif iaitu memberi ganjaran supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi.
  • Peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.
  •  Kontrak perjanjian iaitu persetujuan antara dua pihak iaitu guru dan murid secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan atas perkara atau aktiviti yang dipilih.  Kontrak perjanjian ini akan berkesan jika murid tersebut faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan faham akan kesan yang berlaku.
  • Pembentukan (shaping) iaitu pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjuruskan kepada pelakuan yang dikehendaki.
  • Ekonomi Token iaitu peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti sticker, bintang dan sebagainya. Token ini boleh ditukar dengan benda lain yang disediakan oleh guru.
  • Modelling ialah menggunakan watak-watak (guru, murid ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid-murid.
  • Rantaian merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berturutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.
  • Pelunturan iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.

ii.            Strategi mengurangkan tingkah laku.
  • Penghapusan iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan tingkah laku yang positif.
  • Time-out ialah menempatkan murid secara berasingan daripada kumpulan atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,
  • Kejemuan (satiation) membiarkan murid melakukan aktiviti tersebut sehingga jemu dan berhenti sendiri.
  •  Hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid seperti menarik balik token, tahanan kelas dan sebagainya.
  •  Disensitisasi tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan.
  • Overcorrection merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya seperti membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali.
  • Response cost iaitu satu bentuk penarikan peneguhan / ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

iii.           Strategi mengunakan model pengurusan tingkah laku.

  • Model psikodinamik mengatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah faktor dalaman individu itu sendiri. Perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Strategi pengurusan yang digunaan ialah teknik kaunseling, teknik media dan teknik pengaruh tingkah laku
  •  Model biofizikal menyatakan bahawa punca  tingkah laku berlaku secara organik.  Ia mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan ialah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi.
  •  Model persekitaran menyatakan persekitaran mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Strategi yang digunakan iaitu pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah untuk mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini.

Selasa, 9 Oktober 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS PEMULIHAN


Rancangan Pengajaran Harian kelas pemulihan

Mata Pelajaran      :              Bahasa Melayu
Kelas                    :              3 Cerdik
Tarikh                   :              27 September 2012
Hari                      :              Khamis
Masa                    :              8.15 pagi hingga 9.15 pagi
Bilangan murid      :              5 orang
Tajuk                    :              Benda di sekeliling kita
Nama murid          :              1.  Mohamad Aidid Fawwaz
                                           2.  Danial Akmal
                                           3.  Muhammad Sufiyan
                                           4. Muhammad Hakimi
                                           5. Nur Nadhira Farisha
Kemahiran             :              18.  Perkataan kvkvkk
Objektif                 :              Pada akhir pelajaran murid dapat:-
1.       Menyebut nama benda dengan perkataan kv +kvkk dengan betul.
2.       Mengeja perkataan kv + kvkk dengan betul.
3.       Menulis perkataan kv +kvkk berdasarkan gambar dengan betul.
Pengetahuan sedia ada        :              Murid telah mempelajari kemahiran kvkk dalam sesi pembelajaran      
                                                         terdahulu.
Bahan Bantu Mengajar :              1.   Kad gambar
                                                               2.  kad perkataan
                                                               3.  kotak boling
                                                               4.  bola
                                                               5.  radio kaset
                                                               6.  lembaran kerja.
 
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran

Set induksi
( 5 minit )

Permainan kotak beracun

     1.       Murid disusun secara bulatan.
     2.       Guru menyediakan satu kotak yang mengandungi kad perkataan yang telah  
           dipelajari.
     3.       Guru membunyikan muzik.
     4.      Kotak perkataan akan digerakkan dari seorang murid kepada murid yang lain.
     5.      Apabila muzik diberhentikan murid yang memegang kotak akan mengambil 
           salah  satu kad di dalamnya dan membaca perkataan tersebut.
     6.      Jika murid menyebut dengan betul perkataan tersebut guru memuji murid 
           tersebut dan jika salah akan diperbetulkan oleh rakan sebaya dan guru.
     7.      Permainan diteruskan sehingga 5 pusingan.


Langkah 1
( 15 minit )
      1.  Memaparkan kad gambar dan murid menyebut.
                     

     2.       Memaparkan kad perkataan.







bawang
 

payung
 

kijang
 


pisang
 

sotong
 

patung
 
 





     3.       Murid mengikut guru mengeja dan menyebut.

     4.       Murid-murid mengeja secara berkumpulan.
     5.       Mengeja secara individu.
     6.       Latih tubi mengeja dan menyebut.
     7.       Memadankan gambar dengan perkataan.


Langkah 2
( 20 minit )

Permainan boling perkataan.

     1.       Guru menyusun 10 kotak secara melintang.
     2.       Murid-murid beratur 3 meter di hadapan kotak.
     3.       Murid pertama membaling bola ke arah kotak.
     4.       Jika kotak tersebut jatuh, murid tersebut akan mengambil kad yang terdapat di
           dalam kotak itu. Jika gagal menjatuhkan kotak peluang diberi kepada murid
           berikutnya.
     5.       Murid membaca kad yang terdapat di dalam kotak itu.
     6.       Jika murid tersebut dapat menyebut perkataan itu 2 markah akan diberikan. Jika
           gagal menyebut perkataan tersebut, murid tersebut tidak akan mendapat 2
           markah.
     7.       Markah akan diisikan pada borang yang disediakan.
     8.       Seterusnya peserta ke dua akan membaling bola, mengikut langkah seperti
            peserta di atas.
     9.       Setiap peserta akan diberi peluang membaling secara sama rata.




Langkah 3                 
( 15 minit )

        1.   Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
        2.    Murid-murid dikehendaki memilih danmengisi tempat kosong berdasarkan   
            gambar yang di beri.
          3.     Guru dan murid membincangkan jawapan.


Langkah 4
( 5 minit )

          1 .   Guru meminta murid mengeja kembali perkataan yang telah diajar.
     2.     Guru memuji murid kerana memberi kerjasama dan semangat berlumba-lumba  
           untuk mendapatkan markah tertinggi.