MASA ITU EMAS

Isnin, 8 Oktober 2012

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM KELAS PEMULIHAN



PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN.

PENGENALAN.
Kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.
Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar.

DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit Pengajaran  merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar.
Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.
http://epulidpliukm.blogspot.com/            

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-html

KEPENTINGAN KAJIAN PENGGUNAAN ABM

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan ABM penting bagi menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat dalam mempertingkatkan prestasi murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca.
i.              Pelajar
Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan ini, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang pelbagai bentuk.

ii.            Guru
Menjadi panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini membolehkan guru menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru ke tahap yang lebih membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan kemahiran yang diajar.

iii.           Pentadbir sekolah
Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

iv.           JPN ( Jabatan Pelajaran Negeri)
JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjamkan ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

v.            KPM ( Kementerian Pendidikan Malaysia)
Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang bersesuaian dengan kemahiran terutamanya bagi murid pemulihan. Dengan ini KPM dapat membekalkan terus ABM ke sekolah-sekolah tersebut atau melalui JPN seluruh negeri.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf

METODOLOGI KAJIAN,;
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar dikalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga cara digunakan untuk membuat kajian tahap penggunaan ABM dikalangan guru dan keberkesanannya dikalangan murid-murid. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara soal selidik 5 orang guru pemulihan yang sedang mengajar dan mengendalikan program pemulihan, kaedah temubual dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian rekod pengesanan pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajar-pelajar pemulihan.

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:-
i.              ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.
ii.            Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
iii.           Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
iv.           Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri dikalangan pelajar.
v.            Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
vi.           Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
vii.          Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:-
i.              Memberi rangsangan dan minat murid-murid.
ii.            Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-murid.
iii.           Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iv.           Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan meragam.
v.            Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
vi.           Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.


JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan-bahan bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
1.    ABM bukan elektronik iaitu ABM asas  seperti papan tulis, buku teks, papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.
2.    ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.
3.    Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar  daripada alam semulajadi seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

PERANAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Daripada hasil dapatan yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang  80% daripada responden bersetuju dan 20% amat bersetuju, ini bermakna 100% bersetuju  bahawa penggunaan ABM membolehkan pelajar menerima dengan jelas pengajaran guru.

Antara peranan ABM ialah:-
1.    Alat bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan pembelajaran yang akan diajar nanti.
2.    Sabri (2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:-
i.              Membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pengajaran.
ii.            Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
iii.           Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
3.    Menurut Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat memahami perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.
4.    Menurut Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan supaya lebih cepat memahami  dan mengingati dengan berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang diajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP030318DTTP.pdf

KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR
Mengikut analisa yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang seramai 60% responden bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan ABM menambah minat pelajar untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan. Terdapat dua faktor yang membantu keberkesanan penggunaan ABM di dalam kelas iaitu faktor dari guru dan faktor murid sendiri.
i.              Faktor guru
Apa yang telah diketahui umum, kejayaan sesuatu perkara yang berlaku adalah bergantung kepada faktor wujud secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga dengan kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam kelas yang diikutinya. Pelajar akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar dapat memahami apa isi kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau diluar kelas. Maka peranan penggunaan ABM oleh guru di dalam pengajaran amat penting dalam keberkesanannya terhadap pelajarnya.
ii.            Faktor Murid
Guru tanpa pelajar dan pelajar tanpa guru adalah situasi yang tidak mungkin wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua watak adalah  perlu wujud di dalam waktu yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan wujud. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993) membuktikan apabila alat komunikasi digunakan dengan bijak peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus dan ingatan 40 peratus. Kesimpulannya pelajar harus bijak menggunakan alat komunikasi mereka seperti pancaindera sebaik mungkin supaya mereka dapat menguasai pelajaran mereka.
http://eprints.utm.my/11426/1Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar
MASALAH PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR.
Kajian yang dijalankan mendapati bahawa 60% daripada responden mengatakan bahawa kelengkapan ABM di sekolah tidak lengkap. Keadaan ini menurut Koh Boh Boon (1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan yang akan membawa kesan yang negetif kepada pelaksanaan program pemulihan di sekolah. Penggunaan secara berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid pemulihan. Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:-
a.    Ketahanan
Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b.    Kos
Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimana pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak pada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih bererti jika bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.
c.    Ketepatan maklumat.
Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan sebagainya.
d.    Mudah alih
Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik lain atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
e.    Jangka masa
Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

f.     Strategi pengajaran dan pembelajaran.
Untuk strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif, taraf pengurusan bahasa pelajar,pengetahuan dan pengalaman, minat pelajar dan situasi bahasa yang dirancang.
 http://qaryfikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-mengajar-buku-teks/

Analisa pencapaian atau prestasi asas bacaan pada awal dan akhir semester pelajar berbantukan alat bantu mengajar.
Hasil dapatan yang dijalankan oleh charlie Anak Ungang, menunjukan peningkatan yang amat ketara bagi murid-murid pemulihan menguasai asas bacaan. Daripada 15 responden yang dijalankan di 5 buah sekolah kesemua murid-murid tersebut menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi. Paling ketara adalah peningkatan sebanyak 35% dan paling sedikit sebanyak 7.7%. Mike dari SK St Alban telah menunjukkan satu peningkatan yang paling ketara setelah mengikuti pembelajaran yang sistematik dan berbantukan alat bantu mengajar.
Dilihat dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir semester, menunjukan prestasi yang amat jauh berbeza berbanding penggunaan alat bantu mengajar. Peratus purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah 59% berbanding pada akhir semester meningkat kepada 80%, iaitu peningkatan sebanyak 21%. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar pemulihan. Ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

KESIMPULAN
Alat bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokkan.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unit yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata tersebut. Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.





 

Tiada ulasan: