MASA ITU EMAS

Isnin, 8 Oktober 2012

Cara menyelesaikan masalah pengamatan penglihatan


INTERAKSI  5
Tarikh            :           29hb. September 2012

MASALAH  

Lemah  dalam pengamatan penglihatan atau visual.

Pengamatan bermaksud hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan dari sumber lain. Manakala pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Contoh jika murid membaca secara songsang dari belakang ke depan maka kemahiran menyalin juga akan menjadi songsang.


Kemahiran pengamatan menyalin dan menulis
  • 1.    Mencampur adukkan huruf besar dan kecil
  • 2.    Jarak huruf tidak seragam
  • 3.    Meninggalkan huruf semasa menyalin
  • 4.    Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.
  • 5.    Menonjolkan pembalikan huruf

CARA MENGATASI
  • 1.    Mencampur adukan huruf besar.
i.              Latih tubi menyalin ayat atau tulisan. Contoh menulis suku kata ‘kv’ dan ‘kvk’. Bimbingan berterusan daripada guru. Jika murid melakukan kesilapan semasa menulis, jangan izinkan murid memadam kesalahan itu. Biarkan kesalahan itu dan meminta murid menulis di tempat yang baru. Kemudian minta murid bandingkan tulisan yang mana lebih baik. Minta murid ulang, tulis suku kata atau perkataan yang betul dengan kerap. Ingatkan murid supaya lebih berhati-hati semasa menulis dan kurangkan kesilapan. Guru hendaklah sentiasa berada di sisi murid setiap 10 minit untuk memastikan murid menulis mengikut arahan.

ii.            Mengarahkan murid menyalin dalam huruf kecil sahaja. Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang disalin. Latihan yang disalin menggunakan buku garis tiga supaya murid dapat membezakan huruf yang berekor dan bertiang.

  • 2.    Jarak huruf tidak seragam
i.              Menyalin perkataan dalam kotak yang disediakan.
ii.            Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar.
iii.           Menyambung titik huruf    

  • 3.    Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat.
i.              Guru mengelakkan daripada memberi perkataan berganda.
ii.            Memberi latihan yang tidak terlalu panjang.
iii.           Mengelakkan daripada memberi perkataan berimbuhan.
iv.           Guru sentiasa menyemak baris ayat demi baris.

  • 4.    Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.
i.              Mendisiplinkan murid supaya meletakkan satu jari atau pen di antara perekataan sebagai penanda jarak.
ii.            Menyambung titik-titik untuk membentuk perkataan.

  • 5.    Menonjolkan pembalikan huruf.
i.              Memberi latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang.
ii.            Mengecam huruf-huruf menggunakan kad huruf.
iii.           Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.
iv.           Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.


Tiada ulasan: