MASA ITU EMAS

Jumaat, 12 Oktober 2012

STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.


STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU.

Terdapat 3 strategi menangani masalah tingkah laku iaitu:-

i.              Strategi meningkatkan tingkah laku.
ii.            Strategi mengurangkan tingkah laku.
iii.           Strategi mengunakan model pengurusan tingkah laku.

i.              Strategi meningkatkan tingkah laku.

  • Tingkah laku yang baik atau diingini yang dilakukan oleh murid hendaklah diberi peneguhan.Antara teknik yang boleh diberikan oleh guru ialah peneguhan secara positif iaitu memberi ganjaran supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi.
  • Peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.
  •  Kontrak perjanjian iaitu persetujuan antara dua pihak iaitu guru dan murid secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan atas perkara atau aktiviti yang dipilih.  Kontrak perjanjian ini akan berkesan jika murid tersebut faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan faham akan kesan yang berlaku.
  • Pembentukan (shaping) iaitu pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjuruskan kepada pelakuan yang dikehendaki.
  • Ekonomi Token iaitu peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti sticker, bintang dan sebagainya. Token ini boleh ditukar dengan benda lain yang disediakan oleh guru.
  • Modelling ialah menggunakan watak-watak (guru, murid ) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid-murid.
  • Rantaian merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berturutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.
  • Pelunturan iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.

ii.            Strategi mengurangkan tingkah laku.
  • Penghapusan iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan tingkah laku yang positif.
  • Time-out ialah menempatkan murid secara berasingan daripada kumpulan atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,
  • Kejemuan (satiation) membiarkan murid melakukan aktiviti tersebut sehingga jemu dan berhenti sendiri.
  •  Hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid seperti menarik balik token, tahanan kelas dan sebagainya.
  •  Disensitisasi tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan.
  • Overcorrection merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya seperti membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali.
  • Response cost iaitu satu bentuk penarikan peneguhan / ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

iii.           Strategi mengunakan model pengurusan tingkah laku.

  • Model psikodinamik mengatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah faktor dalaman individu itu sendiri. Perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Strategi pengurusan yang digunaan ialah teknik kaunseling, teknik media dan teknik pengaruh tingkah laku
  •  Model biofizikal menyatakan bahawa punca  tingkah laku berlaku secara organik.  Ia mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan ialah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi.
  •  Model persekitaran menyatakan persekitaran mempengaruhi perubahan tingkah laku manusia. Strategi yang digunakan iaitu pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah untuk mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini.

Tiada ulasan: