PROSES PELAKSANAAN PROGRAM PENGURUSAN
TINGKAH LAKU.
Nama
murid : Danial Akmal bin Rahman
Masalah
: Cepat bosan / jemu pada pelajaran
Kaedah : Ekonomi Token
Cara
penyelesaian : Memberi lebih
tumpuan dan mempelbagaikan aktiviti.
Danial
Akmal adalah seorang murid yang lambat menguasai pelajaran. Selain itu faktor
keluarga yang tidak mengambil kisah pembelajaran anak menyumbang kepada masalah tersebut. Dia hanya
akan memberi tumpuan pada kemahiran yang diminati sahaja. Jika kemahiran
tersebut dirasakan sukar dia lebih suka
menyembunyikan diri di bawah meja atau tidur.
Kadang-kadang dia sukar untuk
membuka mulut apabila guru bertanya. Sikapnya ini menyusahkan banyak pihak
terutama pada guru kerana terpaksa menangani masalah tingkah laku tersebut.
Guru terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepadanya untuk mengelak daripada
tertinggal dalam pembelajaran. Apabila guru memberi tumpuan yang lebih
kepadanya sedikit sebanyak murid-murid lain akan terabai.
Disamping itu sikap murid tersebut juga memberi kesan
kepada dirinya sendiri. Apabila masalah tingkah lakunya tidak dibendung oleh
guru, Murid tersebut sering ketinggalan dalam pembelajarannya. Selain itu,
rakan-rakan sebayanya juga sering menyisihkan murid tersebut kerana tidak
menggemari tingkah lakunya. Kedua-dua perkara ini telah menyebabkan Murid
tersebut ketinggalan dari segi akademik, dan menjadi terasing dari masyarakat.
Saya
telah menggunakan 3 fasa untuk menangani masalah murid tersebut.
i.
Fasa
1 ( Mengenal pasti tingkah laku )
Saya
telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut. Antara tingkah
laku yang kerap ditonjolkan ialah kurang
memberi tumpuan pada kemahiran yang tidak disukai, suka menyembunyi diri di
bawah meja, suka tidur atas lantai dan mewarna dengan menggunakan satu warna
sahaja.
ii.
Fasa
2 ( intervensi)
a. Pemilihan
token
Saya
telah memilih token bintang untuk menyelesaikan masalah murid tersebut. Token
bintang adalah sistematik dan amat sesuai digunakan kerana ianya cepat dan
mudah diberikan kepada murid. Token diberikan dengan murid menampal token
tersebut pada kad yang disediakan. Jika sebarang tingkah laku negatif wujud
token akan ditarik balik.
b. Peraturan
dalam bilik darjah
Saya telah menetapkan peraturan di dalam kelas dan
harus diikuti oleh murid. Jika murid melanggar peraturan tersebut token akan
ditarik balik. Peraturan ini saya terangkan dahulu supaya murid tidak keliru
dan faham tentang isi peraturan dan membuat demonstrasi bagaimana murid akan
mendapat atau penarikan token.
Antara
peraturan dalam bilik darjah ialah:-
- Duduk di tempat sendiri semasa guru mengajar.
- Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru.
- Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
- Dilarang bergerak ke sana sini
- Dilarang bising semasa guru mengajar.
- Dilarang bermain semasa guru mengajar.
- Dilarang bertutur perkara tidak sopan
- Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.
- Beri salam kepada guru ketika mula waktu belajar.
- Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.
c. Perolehan
token
Setiap
tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid akan diberi token.
Contoh:
BIL
|
TINGKAH
LAKU POSITIF
|
NILAI
TOKEN
|
1
|
Duduk di tempat sendiri semasa guru
mengajar.
|
2 token
|
2
|
Patuhi segala arahan yang diberi oleh guru.
|
3 token
|
3
|
Siapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
|
3 token
|
4
|
Dilarang bergerak ke sana sini
|
2 token
|
5
|
Dilarang bising semasa guru mengajar.
|
2 token
|
6
|
Dilarang bermain semasa guru mengajar
|
2 token
|
7
|
Dilarang bertutur perkara tidak sopan
|
2 token
|
8
|
Dilarang bergaduh dengan rakan-rakan.
|
4 token
|
9
|
Beri salam kepada guru ketika mula waktu
belajar.
|
5 token
|
10
|
Bersalaman dengan guru ketika tamat waktu belajar.
|
5 token
|
d. Menu
ganjaran
Pemilihan
menu ganjaran adalah mengikut minat murid. Murid diingatkan supaya berusaha
untuk mendapatkan ganjaran yang diidamkan dengan mengumpul token sebanyak yang mungkin.
Contoh
:
BIL
|
GANJARAN
|
BILANGAN
TOKEN YANG PERLU DIKUMPUL
|
1
|
pemadam
|
20 token
|
2
|
Pembaris
|
20 token
|
3
|
Pensel
|
30 token
|
4
|
Pensel warna
|
50 token
|
5
|
Pengasah pensel
|
20 token
|
6
|
Buku mewarna
|
50 token
|
7
|
Kotak pensel
|
40 token
|
8
|
Bola
|
60 token
|
9
|
Kereta mainan
|
100 token
|
e. Penarikan
token
Menurut
Abdul Rahim (2009) denda atau hukuman terhadap murid akan dikenakan dengan cara
penarikan balik token. Penarikan token adalah dendaan yang diberikan kepada
murid jika murid melakukan tingkah laku negatif.
iii.
Fasa 3 (Rekod perubahan tingkah laku)
Daripada
pemerhatian dan rekod yang dilakukan saya didapati penggunaan token ekonomi
mampu untuk mengubah tingkah laku murid walau pun bukan keseluruhan. Kekerapan
tingkah laku negatif murid semakin menurun apabila tokan digunakan berbanding
tanpa apa-apa peneguhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan