Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa
kanak-kanak
i.
Umur
Perbendaharaan kata kanak-kanak
akan bertambah apabila meningkat usia. Hal ini disebabkan adanya hubungan rapat
antara umur dan kematangan terutama sekali alat suara dan akal. Kanak-kanak
tidak bercakap selagi belum matang.
ii.
Kesihatan
Perkembangan bahasa kanak-kanak akan
terganggu jika kesihatannya terganggu terutamanya dalam masa 2 tahun pertama.
Ini kerana kanak-kanak yang sakit kurang aktif dan letih. Jadi mereka kurang
mendapat rangsangan alam sekitar dan kelancaran pertuturan terganggu.
iii.
Jantina
Secara amnya, kanak-kanak perempaun
lebih cepat bercakap dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding
lelaki. Oleh itu alat suara kanak-kanak perempuan lebih cepat matang. Sebab
itulah percakapan kanak-kanak perempuan lebih mudah difahami. Selain itu mereka
lebih banyak perbendahaaan kata. Kesannya kanak-kanak perempuan lebih banyak
bercakap dan lebih cepat membaca. Namun bagi sesetengahnya kanak-kanak
perempuan ada juga yang lambat mengalami perkembangan bahasa.
iv.
Kecerdasan
Kecerdasan dan kebolehan bahasa
seseorang amat berkait rapat. Jika dilihat pada kanak-kanak yang cerdas, mereka
lebih cepat bercakap dibandingkan kanak-kanak yang lemah. Namun, tidak bermakna
kanak-kanak yang lambat bercakap tidak cerdas akalnya. Kanak-kanak yang tahap
kecerdasannya lebih tinggi mempunyai sifat istimewa kerana dapat memerhati dan
memahami erti perkataan dan percakapan.
v.
Keadaan keluarga.
Secara amnya, perkembangan bahasa
kanak-kanak berstatus tinggi dan sederhana akan lebih cepat bercakap jika
dibandingkan dengan kanak-kanak berstatus rendah. Selain daripada itu,
perbendaharaan kata mereka juga lebih tinggi. Saiz sesebuah keluarga juga
mempengaruhi. Andai kata jika kanak-kanak itu anak tunggal maka lebih cepat
bercakap dan lebih banyak berinteraksi dengan ibu bapa serta mandapat layanan
yang cukup. Manakala anak yang ramai adik-beradik akan lebih kerap bercakap
sesama sendiri maka perbendaharaan katanya sedikit.
vi.
Alam sekitar
Faktor alam sekitar berkait dapat
dengan keadaan keluarga. Kanak-kanak yang membesar dalam linkungan alam sekitar
yang sihat akan mendapat segala kemudahan. Kesannya mereka perkembangan bahasa
mereka lebih cepat. Jika persekitaran kanak-kanak dikelilingi dengan orang
pandai maka mereka terbiasa dengan percakapan orang bijaksana serta
perbendaharaan kata yang betul dan banyak.
1 ulasan:
Catat Ulasan