Terapi
Menurut
kamus Perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke
atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu
kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi
terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid
untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi
dalam pendidikan ialahdidasari dari konsep kepelbagaian kategori individu
berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid
bermasalah dan tidak berkeupayaan pembelajaranmencapai perkembangan dari segi
kognitif, emoso, sosial atau psikomotor.
Oleh
yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang dapat
membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
Jenis-Jenis Terapi
Antara jenis-jenis terapi yang boleh
diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
1. Terapi
fisio dan terapi cara kerja.
Definisi
terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan Kamus Perubatan Mosby (2001) ialah
rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan
agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:-
i.
mengurut
ii.
manipulasi
iii.
latihan teraputik
iv.
penyejukan dan pemanasan.
2. Terapi
hidro
i.
Ransangan menggunakan elektrik.
ii.
Ransangan menggunakan cahaya.
3. Terapi
seni
Seni
membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani
kehidupandengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh
merangkumi senitari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen,
dan lain-lain
4. Terapi
berkuda.
Menurut
Lisa McCallum, terapi berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centredan
South African Riding for the Disabled Asociation (Sarda) : “ Menunggang kuda
adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakkan orang tetapi bagi
anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan
sebagai salah satu penyembuhan.
5. Terapi
pasir
Terapi
sandplay satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosi dan
perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh ditambah melalui penggunaan
terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah
pelanggan itu adalah diberi peluangbagi memilih daripada satu kepelbagaian
benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka.
Cara Terapi Pasir
·
Menanam badan.
·
Membina istana pasir.
·
Bermain ting-ting dalam pasir
·
Genggam pasir.
·
Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam
pas
6. Terapi
muzik dan nyayian
Muzik
adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada
tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita.
Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiring dengan tenaga dalam badan
kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
7. Pergerakan
kreatif dan drama.
Pergerakan
kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang,
masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi
seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan.
Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman
konsep-konsep pergerakan.
8. Terapi
Hidro (Air)
Pemilihan
program rekreasi renang/ hidroterapi bagi murid-murid program Pendidikan Khas
adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
menjalankan aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang
lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan
renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek.
Kawasan yang paling dalam di dalam kolam tersebut berukuran 1 meter.terapi
hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan
motor kasar dan halis serta mental murid dapat dirangsang secara serentak.
Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh
keperluan alatan sokongan selain daya apungan.
9. Terapi
pertuturan
·
Kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan komunikasi.
·
Membantu murid-murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
·
Melatih murid-murid menghadapi masalah artikulasi
melalui latihan asas tertentu.
·
Antara aktiviti terapi pertuturan ialah
Ø Latihan
lisan
Ø Meniup
belon.
Ø Meniup
kertas di atas air.
Ø Mengetap
bibir dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan