STRATEGI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURIDKonsep Pembelajaran Berpusatkan MuridPembelajaran berpusatkan pelajar didefinasikan sebagai:-1. Memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran ( pelajar sebagai individu), memberi pilihan kepada pelajar ( jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari ), mewujudkan kolaborasi ( membina pengetahuan dan persekitaran positif ), terlibat dalam penilaian berterusan, sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan melibatkan pelajar untuk merancang.2. Pelajar bertangungjawab atas pembelajarannya, melibatkan pelajar secara terus dalam menemui pengetahuan , menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam, pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial, menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai resos, menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.3. Pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran. Objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan oleh murid.(http://mahirppb.tripod.com/murid.htm#Pengenalan)Ciri-Ciri Pembelajaran Berpusatkan Kepada Murid1. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.2. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.3. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.4. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.5. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.6. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.7. Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.Prinsip-Prinsip Pembelajaran Berpusatkan PelajarPembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, di mana guru hanya sebagai fasilitator.
MASA ITU EMAS
Khamis, 6 Disember 2012
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN MURID
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan