Masalah tingkah laku.
Tingkah
laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktok-faktor tertentu.
Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku yang
menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam
merangka program pengurusan tingkah laku murid tersebut. Roger Stancliffe telah
menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.
i.
Faktor persekitaran
Sesetengah
kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran sepert bunyi bising, sejuk,
panas dan lain-lain. Perubahan tingkah lakukan akan ditunjukkan terutamanya
bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk seperti autisme dan lain-lain,
ii.
Tekanan psikologi
Individu
yang mengalami tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi
tabiatnya akan merasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa
tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.
iii.
Ketakutan dan fobia
Fobia
adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut
terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian tahap bahaya
sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada
individu tersebut.
iv.
Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah
laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas
semula jadi kita secara serta-merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya
menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak
yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan ganjaran leh ibu
bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja engan makan ubat kerana mahukan
perhatian daripada ibu bapanya.
v.
Kemahiran komunikasi dan sosial terhad
Terdapat
bukti yang jelas menunjukan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi
dikalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang
boleh berkomunikasi dengan baik.
vi.
Kesukaran tugasan.
Kesukaran
tugasan boleh menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh guru
bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada murid tetapi perlu mengajar
murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.
vii.
Jangkaan tingkah laku.
Ada
kala ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak dan membiarkan
berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku akan hilang dengan
sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak adalah rendah daripada
sepatutnya. Sebenarnya mereka itu terperangkap dengan tanggapan bahawa itulah
sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan