PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN.
PENGENALAN.
Kanak-kanak
sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan. Kecerdasan ini
membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling mereka.
Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran. Rangsangan yang diterima
daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh kecerdasan dan yang
kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.
Berdasarkan
hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media
yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak
memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat
menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka
dengan baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan
bahan-bahan pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan
terhadap prestasi para pelajar.
DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Menurut
Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi
melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami
konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut
Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti
Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan
sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki
kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat
menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit
Pengajaran merupakan satu kaedah
inovatif sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. Bahan ini digunakan dan
dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
mudah dan difahami oleh pelajar.
Kit
ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan
mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.
http://epulidpliukm.blogspot.com/
Adalah
segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,
dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-html
KEPENTINGAN KAJIAN PENGGUNAAN ABM
Mengikut
kajian yang dilakukan oleh Charlie Anak Ungang penggunaan ABM penting bagi
menarik minat pelajar pemulihan. Semua pihak terlibat dalam mempertingkatkan
prestasi murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca.
i.
Pelajar
Membantu
pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka
dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan ini,
diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber
pengajaran yang pelbagai bentuk.
ii.
Guru
Menjadi
panduan kepada guru-guru di sekolah dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hasil daripada kajian ini membolehkan guru menilai semula
pengajaran mereka. Seterusnya akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guru-guru
ke tahap yang lebih membanggakan. Penyelidikan ini juga mampu membantu
guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan kemahiran
yang diajar.
iii.
Pentadbir
sekolah
Membantu
pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan
ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
iv.
JPN
( Jabatan Pelajaran Negeri)
JPN
juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di kawasan
mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjamkan ABM bagi kegunaan
di sekolah masing-masing.
v.
KPM
( Kementerian Pendidikan Malaysia)
Kajian
ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang bersesuaian
dengan kemahiran terutamanya bagi murid pemulihan. Dengan ini KPM dapat
membekalkan terus ABM ke sekolah-sekolah tersebut atau melalui JPN seluruh
negeri.
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAYAZIAP050372D2008TTP.pdf
METODOLOGI KAJIAN,;
Kajian
ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar dikalangan guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga cara digunakan untuk
membuat kajian tahap penggunaan ABM dikalangan guru dan keberkesanannya
dikalangan murid-murid. Kaedah yang digunakan adalah dengan cara soal selidik 5
orang guru pemulihan yang sedang mengajar dan mengendalikan program pemulihan,
kaedah temubual dengan pelajar-pelajar dan pemerhatian rekod pengesanan
pencapaian asas bacaan bagi meninjau tahap kemajuan pelajar-pelajar pemulihan.
KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR
Mengikut
Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan ABM
bolehlah dirumuskan seperti berikut:-
i.
ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk
semua konsep.
ii.
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang
pelajar.
iii.
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih
kekal.
iv.
Memberi pengalaman sebenar yang boleh
merangsangkan aktiviti sendiri dikalangan pelajar.
v.
Dapat membina pemikiran yang berterusan,
seperti melalui filem bergerak.
vi.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan
perbendaharaan kata pelajar.
vii.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan
pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Kamarudin
Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:-
i.
Memberi rangsangan dan minat murid-murid.
ii.
Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan
kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada murid-murid.
iii.
Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran
dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
iv.
Menyediakan pengalaman baru yang tidak
diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran
murid-murid lebih mendalam dan meragam.
v.
Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan
perkembangan perbendaharaan kata.
vi.
Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan
dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.
JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR
Bahan-bahan
bantu mengajar bolehlah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-
1. ABM
bukan elektronik iaitu ABM asas seperti
papan tulis, buku teks, papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan
pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat , lukisan, majalah, risalah,
nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan,
kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya.
2. ABM
berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP,
projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP,
tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer.
3. Bahan
bercorak pengalaman dan bahan sebenar
daripada alam semulajadi seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek
pameran dan realia.
http://www.scribd.com/doc/12807608/ Definisi-ABM
PERANAN BAHAN BANTU MENGAJAR
Daripada
hasil dapatan yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang 80% daripada responden bersetuju dan 20% amat
bersetuju, ini bermakna 100% bersetuju
bahawa penggunaan ABM membolehkan pelajar menerima dengan jelas
pengajaran guru.
Antara
peranan ABM ialah:-
1. Alat
bantu mengajar memainkan peranan yang penting di dalam proses pengajaran guru
dan pembelajaran murid. Menurut Atan Long (1982), kesedaran terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran yang hanya mementingkan penggunaan kapur, bercakap
dan menggunakan buku-buku teks tidak lagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran apatah lagi sebagai kaedah untuk menguji dan mencabar keupayaan
fikiran, kebolehan dan daya imaginasi murid-murid. Adalah menjadi tugas guru
untuk menggunakan alat bantu mengajar yang bersesuai untuk memahamkan
pembelajaran yang akan diajar nanti.
2. Sabri
(2000) menyatakan bahawa terdapat tiga kepentingan alat bantu mengajar iaitu:-
i.
Membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam
menerangkan isi pengajaran.
ii.
Mengawal disiplin pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
iii.
Mengurangkan kebosanan pelajar semasa
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menurut
Ford Le Roy (1982) guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang
dapat mereka bahan pengajaran tetapi seorang pelukis yang dapat memahami
perbezaan individu. Beliau juga menyatakan bahawa sesuatu bahan dengan
sendirinya tidak akan menghasilkan sebarang perubahan pembelajaran tetapi
kemahiran guru menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan.
4. Menurut
Asri (2000), pengajaran tradisional yang hanya tertumpu kepada mendengar
penjelasan guru secara teori sahaja tanpa bukti tidak dapat dijadikan peneguhan
supaya lebih cepat memahami dan
mengingati dengan berkesan. Sebaliknya pengajaran yang menggunakan alat bantu
mengajar dapat mengukuhkan pembelajaran kerana pelajar dapat mengalami apa yang
diajar.
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/NURBAIZURAAP030318DTTP.pdf
KESAN PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR
Mengikut
analisa yang dijalankan oleh Charlie Anak Ungang seramai 60% responden
bersetuju dan 40% amat bersetuju bahawa penggunaan ABM menambah minat pelajar
untuk terus mengikuti pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan. Terdapat
dua faktor yang membantu keberkesanan penggunaan ABM di dalam kelas iaitu
faktor dari guru dan faktor murid sendiri.
i.
Faktor guru
Apa
yang telah diketahui umum, kejayaan sesuatu perkara yang berlaku adalah
bergantung kepada faktor wujud secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga
dengan kejayaan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam
kelas yang diikutinya. Pelajar akan dianggap berjaya apabila seseorang pelajar
dapat memahami apa isi kandungan yang diajar oleh gurunya semasa di dalam atau
diluar kelas. Maka peranan penggunaan ABM oleh guru di dalam pengajaran amat
penting dalam keberkesanannya terhadap pelajarnya.
ii.
Faktor Murid
Guru
tanpa pelajar dan pelajar tanpa guru adalah situasi yang tidak mungkin wujud
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua watak adalah perlu wujud di dalam waktu yang sama supaya
proses pengajaran dan pembelajaran akan wujud. Mengikut kajian yang dijalankan
oleh Gould-Marks di dalam buku Zarul Akhmar (1993) membuktikan apabila alat
komunikasi digunakan dengan bijak peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus
dan ingatan 40 peratus. Kesimpulannya pelajar harus bijak menggunakan alat
komunikasi mereka seperti pancaindera sebaik mungkin supaya mereka dapat
menguasai pelajaran mereka.
http://eprints.utm.my/11426/1Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar
MASALAH PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR.
Kajian
yang dijalankan mendapati bahawa 60% daripada responden mengatakan bahawa
kelengkapan ABM di sekolah tidak lengkap. Keadaan ini menurut Koh Boh Boon
(1987) menjadi tekanan kepada guru pemulihan yang akan membawa kesan yang
negetif kepada pelaksanaan program pemulihan di sekolah. Penggunaan secara
berkesan dan berterusan sememangnya mendatangkan faedah kepada guru dan murid
pemulihan. Menurut Mok Soon Sang (1995) seseorang guru yang proaktif ialah guru
yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu
kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik beratkan penggunaan bahan bantu
mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.
Sesuatu
ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk
diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:-
a.
Ketahanan
Alat
dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya
alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun
boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.
b.
Kos
Bahan
yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau
bagaimana pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan
terletak pada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan
lebih bererti jika bahan-bahan tersebut dibina oleh pelajar sendiri.
c.
Ketepatan
maklumat.
Bahan
yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat kepada
pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan
maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya
warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan sebagainya.
d.
Mudah
alih
Guru
juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik
lain atau tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan
kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut
boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.
e.
Jangka
masa
Guru
juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan
dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi
waktu pengajaran yang pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu
digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.
f.
Strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Untuk
strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau
bahan yang dipilih dengan objektif, taraf pengurusan bahasa pelajar,pengetahuan
dan pengalaman, minat pelajar dan situasi bahasa yang dirancang.
http://qaryfikir.wordpress.com/2008/09/11/kaedah-penyesuaian-bahan-bantu-mengajar-buku-teks/
Analisa pencapaian atau prestasi asas
bacaan pada awal dan akhir semester pelajar berbantukan alat bantu mengajar.
Hasil
dapatan yang dijalankan oleh charlie Anak Ungang, menunjukan peningkatan yang
amat ketara bagi murid-murid pemulihan menguasai asas bacaan. Daripada 15
responden yang dijalankan di 5 buah sekolah kesemua murid-murid tersebut
menunjukkan peratus peningkatan yang tinggi. Paling ketara adalah peningkatan
sebanyak 35% dan paling sedikit sebanyak 7.7%. Mike dari SK St Alban telah
menunjukkan satu peningkatan yang paling ketara setelah mengikuti pembelajaran
yang sistematik dan berbantukan alat bantu mengajar.
Dilihat
dari rekod pengesanan pencapaian bacaan pemulihan pada awal dan akhir semester,
menunjukan prestasi yang amat jauh berbeza berbanding penggunaan alat bantu
mengajar. Peratus purata min yang ditunjukkan pada awal semester ialah 59%
berbanding pada akhir semester meningkat kepada 80%, iaitu peningkatan sebanyak
21%. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan alat bantu mengajar telah berjaya
mempertingkatkan prestasi penguasaan asas bacaan dalam kalangan pelajar
pemulihan. Ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran
asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat
mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran
Bahasa Malaysia.
KESIMPULAN
Alat
bantu mengajar adalah elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kita selalu beranggapan penggunaan perkataan di dalam kelas sudah
memadai untuk menyampaikan masej dalam sesuatu pengajaran. Dengan menggunakan
alat bantu mengajar segala bentuk simbol dan komunikasi verbal yang abstrak
dapat diperjelaskan. Ini memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu
pengajaran. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat
mengatasi sikaf pasif dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat
pelajar untuk belajar, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang
realiti suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan
menyeronokkan.
Walaupun
kurikulum dan bahan pengajaran, ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unit
yang ada pada setiap pelajar dan ditambah pula persekitaran yang berbeza, ini
akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkata
tersebut. Keadaan ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar
kerana kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta
tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu
pencapaian pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat bantu
mengajar. Ini kerana murid dapat memahami dan menguasai tentang sesuatu konsep
dan secara tidak langsung dapat membaiki keputusan penilaian di dalam kelas.
Guru juga dapat memenuhi pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan dalam
sesuatu isi kandungan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan