MASA ITU EMAS

Ahad, 2 Disember 2012

PELAKSANAAN STRATEGI MENANGANI MASALAH PENGAMATAN



Latih Tubi     
    
·         Maksud  :-Aktiviti pengulangan fakta-faktar atau kecekapan yang dipelajari.
·         Tujuan – mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping menjamin                        kekekalannya.

·         Teknik latih tubi amat sesuai dijalankan untuk pengajaran bahasa kedua dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran misalnya kemahiran menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau mengingati fakta-fakta penting.
·         Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafal.
·         Antara kelemahan teknik ini ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan     daya  kreativiti murid.
·         Namun begitu teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran    yang memerlukan ikutan dan ulangan.
·         Mengikut teknik ini perhatian akan diberikan pada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:-

i.              Sebutan (accent)
·      Menyebut patah-patah perkataan sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
            ii          tatabahasa (grammer )
·         Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
iii         Perbendaharaan kata (vocabulary)
·  Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam sesuatu situasi.
iv.        kefasihan (fluency)
·         Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa               memikirkan apakah maksudnya.
v.         kefahaman (comprehension)
            -           latihan memberi soalan dan memahami jawapan yang wajar.

Latih tubi merupakan kaedah instruction yang berkesan jika sekiranya guru dapat menggunakan dengan betul dan sesuai perancangan pengajaran mereka iaitu:-

·      Latih tubi diberikan dalam masa yang singkat antara 10 hingga 15 minit sahaja.
·     Jumlah dan jenis latih tubi hendaklah bersesuaian dengan peruntukan   masa dan tahap kebolehan pelajar.
·         Galakkan pelajar-pelajar merekodkan kemajuan yang diperolehi melalui    setiap aktiviti dalam latih tubi itu.
·         Galakkan penggunaan latih tubi dalam bentuk permainan atau menguji       kecekapan untuk menarik minat dan tidak membosankan.
·         Pastikan pelajar faham mengapakah mereka perlu menguasai sesuatu      konsep atau kemahiran dan ia dapat dipermudahkan melalui latih tubi yang diberikan oleh guru.

Elakkan latih tubi yang berbentuk:-

·         Membosankan dan kurang menarik.
·         Terlalu lama dan banyak fakta yang terkandung di dalamnya.
·         Sesuatu yang mendatangkan kesan negetif kepada pelajar seperti merasa     tertekan, tidak selesa atau kurang berminat mengikut latihan tersebut.
http://www.scribd.com/doc/46986445/KAEDAH-LATIH-TUBI

Tiada ulasan: