MASA ITU EMAS

Ahad, 2 Disember 2012

PELAKSANAAN STRATEGI MENANGANI MASALAH PENGAMATAN (TERAPI)



Terapi 

Menurut kamus Perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Definisi terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Konsep terapi dalam pendidikan ialahdidasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Dengan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan tidak berkeupayaan pembelajaranmencapai perkembangan dari segi kognitif, emoso, sosial atau psikomotor.

Oleh yang demikian, terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jenis-Jenis Terapi

  Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas yang bermasalah pembelajaran ialah:
1.    Terapi fisio dan terapi cara kerja.
Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan Kamus Perubatan Mosby (2001) ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan kaedah seperti berikut:-
i.              mengurut
ii.            manipulasi
iii.           latihan teraputik
iv.           penyejukan dan pemanasan.

2.    Terapi hidro
i.              Ransangan menggunakan elektrik.
ii.            Ransangan menggunakan cahaya.
                 
3.    Terapi seni
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani kehidupandengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi senitari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain

4.    Terapi berkuda.
Menurut Lisa McCallum, terapi berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centredan South African Riding for the Disabled Asociation (Sarda) : “ Menunggang kuda adalah satu kegiatan yang menyenangkan bagi kebanyakkan orang tetapi bagi anak-anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu penyembuhan.

5.    Terapi pasir
Terapi sandplay satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan emosi dan perkembangan peribadi pelanggan-pelanggan. Sandplay boleh ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi. Satu proses pusat adalah pelanggan itu adalah diberi peluangbagi memilih daripada satu kepelbagaian benda-benda dan angka-angka dengan satu gol mewakili dunia dalaman mereka.
 Cara Terapi Pasir
·         Menanam badan.
·         Membina istana pasir.
·         Bermain ting-ting dalam pasir
·         Genggam pasir.
·         Buka selipar dan cecahkan kaki pelajar dalam pas

6.    Terapi muzik dan nyayian
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiring dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

7.    Pergerakan kreatif dan drama.
Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep pergerakan.

8.    Terapi Hidro (Air)
Pemilihan program rekreasi renang/ hidroterapi bagi murid-murid program Pendidikan Khas adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalankan aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di dalam kolam tersebut berukuran 1 meter.terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halis serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan.

9.    Terapi pertuturan
·         Kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran        dalam menyebut perkataan dan komunikasi.
·         Membantu murid-murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
·         Melatih murid-murid menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu.
·         Antara aktiviti terapi pertuturan ialah
Ø  Latihan lisan
Ø  Meniup belon.
Ø  Meniup kertas di atas air.
Ø  Mengetap bibir dan sebagainya.


Tiada ulasan: