MASA ITU EMAS

Ahad, 2 Disember 2012

PELAKSANAAN STRATEGI MENANGANI MASALAH PENGAMATAN (ULANGAN)



kaedah ulangan

Kaedah ulangan ialah melakukan pembacaan ataupun mengingati sesuatu perkara secara berulangkali ataupun berterusan. Kaedah ulangan ini dapat menajamkan daya ingatan dan menambahkan kefahaman pelajar apabila diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 Kaedah ini berpusatkan kepada guru dan pelajar. Guru akan menggunakan kaedah ini apabila perlu mengulang semula topik yang lepas sebelum memulakan pengajaran baru. Pelajar pula dapat menggunakan kaedah ini dengan cara mengulangkaji pelajaran yang lepas, sama ada bertanya kepada guru ataupun persendirian.Kaedah ulangan ini perlu dijalankan dengan teknik yang sesuai mengikut topik pengajaran supaya ia tidak menjadi aktiviti yang membosankan.

 Langkah-langkah yang biasa digunakan bagi kaedah pengulangan ialah Guru menentukan objektif pengajaran dan mengenal pasti sesetengah perkara yang ingin ditegaskan kepada pelajar dan aspek yang memerlukan daya ingatan dan kefahaman yang lebih oleh pelajar. Kemudian, pengulangan dilakukan oleh guru semasa memberikan penjelasan sama ada dengan menyebut sendiri secara berulang –ulang ataupun meminta penyertaan pelajar bagi mengulang semula apa yang sudah diterangkan. 

Tambahan pula, pengulangan yang dibuat oleh guru akan memberi kefahaman kepada pelajar berkaitan perkara itu adalah sesuatu yang penting dan perlu lebih diingati atau difahami. Sekiranya pelajar sendiri yang membuat pengulangan maka semasa proses pengulangan berlaku, pelajar sudah membuat peneguhan dalam aspek kemahiran mengingat dan memahami sesuatu perkara.

Tiada ulasan: