MASA ITU EMAS

Khamis, 6 Disember 2012

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU



PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU  

Konsep pembelajaran berpusatkan guru

Pembelajaran berpusatkan guru merupakan satu strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus.

Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai eksplisit. Strategi ini diamalkan di dalam bilik darjah di mana guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Dalam strategi ini guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran.  Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Akibatnya, di bawah strategi pemusatan guru murid-murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan bahan dalam langkah-langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk menyemak pemahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran yang mempunyai langkah-langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid selepas setiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid pada sesi awal latihan amali, dan membekalkan setiap murid dengan amali yang lebih tinggi dan kerap.
http://www.scribd.com/doc/10350727/STRATEGI-Pengajaran. 

Prinsip-prinsip pembelajaran berpusatkan guru

1.    Guru sebagai penyebar ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.    Menekankan kepada pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran supaya objektif yang diajar tercapai.
3.    Pemikiran lebih tertumpu pada bahan pengajaran dan pembelajaran.
4.    Pengamal reflektif yang peka terhadap situasi bilik darjah.
5.    Menekankan pencapaian akademik, terhad kepada pertandingan dan pelakuan yang betul.
Ciri-ciri pembelajaran berpusatkan guru.
Antara ciri-ciri strategi pemusatan guru  yang dapat disimpulkan ialah:-
1.    Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas.
2.    Guru bercakap lebih dari pelajar semasa pengajaran.
3.    Buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar di dalam kelas.
4.    Meja dan kerusi di atur dalam barisan mengadap papan hitam.
5.    Pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah.

6.    Guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
7.    Sifat-sifat sosial dikalangan murid-murid kurang dipupuk.
8.    Lebih menekankan kepada ujian sumatif untuk penggredan.
9.    Murid kurang berminat terhadap penerangan guru.
10. Berlaku komunikasi sehala kerana guru sahaja yang memberi arahan.
11. Murid menjadi pasif kerana tidak terlibat secara langsung dalam pembelajaran sebaliknya hanya menjadi pendengar sahaja.
12. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran.
13. Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif kerana berlaku pembelajaran sehala sahaja.
14. Guru hanya mementingkan pencapaian objektif pendidikan sahaja tanpa memikirkan tahap penguasaan murid.

1 ulasan:

Unknown berkata...

mksh infonya,,,jls tp masih kurang y,,blom ada model2nya